APA ITU SARA : (2025) SEMAK KELAYAKAN & CARA MOHON BANTUAN
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, berkata SARA merupakan pendekatan bantuan bersasar di mana sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi diagihkan semula bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.
Ketahui apa itu sara dan ikuti panduan semak kelayakan dan cara mohon bantuan di bawah.

APA ITU SARA
SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan bantuan tambahan bersasar kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bertujuan untuk mengangkat taraf ekonomi rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.
Penyaluran Bantuan SARA adalah secara ansur tanpa tunai (cashless) setiap bulan melalui MyKad (Kad pengenalan) untuk menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas.
Kerajaan Madani komited menggunakan teknologi digital mutakhir bagi memastikan penyaluran Bantuan SARA dilakukan dengan kaedah yang mudah difahami digunakan oleh rakyat untuk semua peringkat umur sehingga ke warga emas.
APA SYARAT SARA
- SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Asas Bukan Miskin STR :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
BILA SARA DISALURKAN
Bantuan SARA 2025 telahpun mula disalurkan kepada 700,000 ribu penerima sedia adalah bermula 15 Januari 2025, Rabu dan seterusnya pada setiap bulan sehingga ke bulan Disember 2025. Namun bagi penerima baharu pula, Bantuan SARA akan disalurkan bermula pada bulan April yang mana tarikh rasmi akan diumumkan semula oleh kerajaan.
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH SARA DISALURKAN |
---|---|
Penerima Sedia Ada (SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih) | Bermula 15 Januari 2025 (setiap bulan) Sehingga ** Disember 2025 |
Penerima Baharu (SARA Asas Bukan Miskin STR) | Bermula ** April 2025 (setiap bulan) Sehingga ** Disember 2025 |
BERAPAKAH JUMLAH SARA DISALURKAN
Bagi tahun 2025, jumlah Bantuan SARA telah dipertingkatkan dan akan disalurkan sebanyak :
- Penerima Miskin Tegar & Miskin eKasih :
- Isi Rumah : RM2,100 setahun.
- Warga Emas : RM1,650 setahun.
- Bujang : RM600 setahun.
- Penerima Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah : RM900 setahun.
- Warga Emas : RM450 setahun.
SEMAK KELAYAKAN SARA
Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima SARA melalui semakan di pautan portal rasmi MyKasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
Atau, semak kelayakan anda di pautan portal rasmi MySTR seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Status Bayaran SARA akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
CARA MOHON BANTUAN SARA
Untuk menerima Bantuan SARA, anda hanya perlu lulus permohonan STR dan tersenarai sebagai penerima miskin tegar dan miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM).
Ikuti panduan lengkap cara mohon berikut :
- Layari portal rasmi MySTR 2025 di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sekiranya pilihan [Status Perkahwinan] pemohon adalah ‘Berkahwin’ sila lengkapkan maklumat pasangan.
- Masukkan ‘Maklumat Anak’ yang berusia 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 5 anak sahaja.
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dantick[/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
*NOTA : Sekiranya anda telah berjaya memohon, anda digalakkan untuk mendaftarkan diri di eKasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih di pautan ini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
- Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-