Bantuan Awal Ramadhan 2025: Semakan Status Kelayakan & Info Penting
Bulan Ramadhan 2025 semakin menghampiri, dan ramai yang ingin tahu tentang Bantuan Awal Ramadhan 2025 — satu inisiatif khas yang bertujuan meringankan beban kewangan golongan B40, khususnya ketua keluarga berpendapatan rendah. Bantuan ini disalurkan bagi memastikan keluarga yang kurang berkemampuan dapat menyambut Ramadhan dengan lebih tenang.
Bagaimanakah cara semakan status kelayakan penerima Bantuan Awal Ramadhan 2025? Siapa yang layak menerima bantuan ini? Teruskan membaca untuk info lengkap serta panduan semakan dan permohonan secara online.

BACAJUGA : Bantuan Awal Ramadhan 2025: Semak Kelayakan & Status Penerima Terkini
JUMLAH AMAUN BANTUAN AWAL RAMADHAN
Berikut merupakan jumlah amaun Bantuan Awal Ramadhan yang disalurkan kepada setiap ketua isi rumah :
- Ketua Isi Rumah (seorang / tunggal) akan menerima bantuan RM300;
- Ketua Isi Rumah (tanggungan 2 atau 3 orang) akan menerima bantuan RM500; dan
- Ketua Isi Rumah (tanggungan 4 orang dan ke atas) akan menerima bantuan RM700.
OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN AWAL 2025 RAMADHAN
Antara objektif pemberian Bantuan Awal Ramadhan adalah untuk :
- Membantu Keluarga Berpendapatan Rendah (B40 & Asnaf).
- Memberikan Bantuan Makanan Percuma untuk Berbuka & Sahur.
- Memudahkan Pelajar Universiti yang Kurang Berkemampuan dalam mendapatkan makanan di kampus.
- Menyediakan Bantuan Kewangan Khas untuk OKU & Warga Emas yang menghadapi kesukaran dalam mendapatkan bantuan untuk membeli barangan keperluan asas.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN
Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) telah menetapkan syarat kelayakan penerima Bantuan Awal Ramadhan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Beragama Islam;
- Merupakan golongan asnaf seperti Fakir, Miskin, Mualaf atau individu yang memerlukan;
- Tidak menerima bantuan tetap daripada mana-mana agensi lain (tertakluk kepada jenis bantuan); dan
- Bermastautin di Terengganu (bagi penerima bantuan MAIDAM).
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL 2025 RAMADHAN
Untuk mengetahui status kelayakan anda menerima Bantuan Awal Ramadhan, Ikuti panduan semakan status kelayakan seperti berikut :
- Layari pautan rasmi MAIDAM di sini : http://www.espmb.com/maidam_zakat/.
- Halaman semakan akan dipaparkan.
- Kemudian, tekan pada butang [Semak Penerima Bantuan Ramadhan].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) contoh : 922002118899.
- Seterusnya, tekan pada butang [Klik Untuk Semak].
- Status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Awal Ramadhan akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Ramadhan MAIDAM, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : http://www.espmb.com/maidam_zakat/.y/food-aid-programme/sara/faq/.