BANTUAN BARANG DAPUR 2025 KELAYAKAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 & RM100 & RM50)
Barangan dapur adalah keperluan asas bagi setiap manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup. Namun, harga bagi sesetengah barangan dapur meningkat seiring dengan peningkatan kos sara hidup. Oleh itu, pihak Kerajaan MADANI akan mengagihkan Bantuan Barang Dapur setiap bulan untuk tahun 2025 kepada rakyat Malaysia yang memerlukan dan layak.
Bagaimanakah semakan status kelayakan Bantuan Barang Dapur? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

ISI KANDUNGAN
CARA AGIHAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025
Bantuan Barang Dapur bukanlah diagihkan secara barangan fizikal atau secara tunai. Namun, kerajaan menggunakan teknologi digital mutakhir iaitu diagihkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad penerima yang dapat memudahkan rakyat menerima dan menggunakan bantuan untuk pembelian barangan dapur secara tanpa tunai (cashless) sahaja.
SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR 2025
Berikut merupakan senarai barangan dapur yang boleh dipilih dan dibeli dengan menggunakan Bantuan SARA :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR 2025
Penerima yang layak menerima Bantuan Barang Dapur terbahagi kepada dua (2) kelayakan, iaitu :
- Kelayakan Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Kelayakan Asas Bukan Miskin STR :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
KADAR AGIHAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025
Setiap penerima akan menerima kadar Bantuan Barang Dapur (SARA) yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :
- Penerima Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | KADAR AGIHAN SETIAP BULAN | KADAR AGIHAN SETAHUN |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM100 / RM200 | RM2,100 |
WARGA EMAS | RM100 / RM150 | RM1,650 |
BUJANG | RM50 | RM600 |
- Penerima Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMA | KADAR AGIHAN SETIAP BULAN | KADAR AGIHAN SETAHUN |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM100 | RM900 |
WARGA EMAS | RM50 | RM450 |
TARIKH AGIHAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025
Pengagihan Bantuan Barang Dapur dalam MyKad penerima adalah mengikut tarikh seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH AGIHAN BANTUAN BARANG DAPUR |
---|---|
Penerima Miskin dan Miskin Tegar | 15 Januari 2025 sehingga ** Disember 2025 (12 bulan) |
Penerima Asas Bukan Miskin | ** April 2025 sehingga ** Disember 2025 (9 bulan) |
*NOTA : Bantuan Barang Dapur akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak secara automatik setiap bulan dan sekiranya penerima tidak menghabiskan bantuan, baki akan dibawa ke bulan seterusnya dan perlu dihabiskan sebelum pada 31 Disember 2025.
SEMAKAN STATUS BANTUAN BARANG DAPUR 2025 KELAYAKAN
Terdapat dua (2) pautan portal rasmi yang selamat diakses untuk semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Barang Dapur (SARA), iaitu :
- Portal Rasmi MyKasih; dan
- Portal Rasmi MySTR.
Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima Bantuan Barang Dapur (SARA) seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.