BANTUAN EWALLET MADANI 2025 BILA MASUK : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM900 & RM1200 & RM600)

BANTUAN EWALLET MADANI 2025 BILA MASUK : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM900 & RM1200 & RM600)

Inisiatif bantuan kerajaan secara tanpa tunai (cashless) bagi pembelian barangan keperluan asas adalah selaras dengan keadaan semasa, di mana kaedah pembayaran tanpa tunai kini menjadi pilihan utama sebilangan besar masyarakat kerana penggunaannya yang lebih mudah dan selamat.

Bagaimanakah semak pembayaran bila masuk bantuan ewallet madani? Ikuti Info lanjut disini.

APA ITU BANTUAN EWALLET MADANI

Bantuan tanpa tunai (cashless) merupakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) khusus kepada penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) (eKasih dan Bukan eKasih) dimana bantuan akan disalurkan secara tanpa tunai kedalam MyKad untuk membuat pembelian barangan keperluan asas.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET MADANI 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

SEMAKAN STATUS BANTUAN EWALLET MADANI 2025

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar.
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar.
  8. Selesai.

JADUAL TARIKH BILA MASUK BANTUAN EWALLET MADANI 2025

Pengagihan bantuan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Berstatus/Berdaftar Miskin dan Miskin eKasihBermula Januari 2025
(Bantuan diagihkan Selama 12 Bulan)
Penerima Bantuan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
(BUKAN eKasih)
Bermula April 2025
(Bantuan diagihkan Selama 9 Bulan)

JUMLAH MASUK BANTUAN EWALLET MADANI 2025

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
(BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih)
KADAR BANTUAN (RM)
(PENERIMA STR 2025 – BUKAN eKasih)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 1200
(RM100 sebulan)
RM 900
(RM 100 sebulan)
Warga emas tiada pasangan/Bujang
(60 tahun keatas)
RM 1200
(RM100 sebulan)
RM 450
(RM 50 sebulan)
Bujang
(21 sehingga 59 tahun)
RM 600
(RM50 sebulan)
Tiada
( – )

KEGUNAAN DUIT BANTUAN EWALLET MADANI

Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas (SARA) yang diluluskan untuk pembelian secara tanpa tunai:

  • Beras
  • Telur
  • Minyak masak
  • Roti
  • Tepung
  • Biskut
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Mi segera
  • Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan

LANGKAH PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS SECARA TANPA TUNAI

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf