BANTUAN KEPERLUAN BARANG DAPUR 2025 : CEK LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM1200)
Barang dapur harian adalah keperluan asas yang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian untuk kelangsungan hidup. Oleh itu, kerajaan menyediakan bantuan tambahan khusus untuk pembelian barang keperluan asas yang diagihkan secara bulanan bagi memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi.
Bagaimanakah cek layak atau tidak bantuan keperluan barang dapur 2025? Ikuti Info lanjut disini.

APA ITU BANTUAN KEPERLUAN BARANG DAPUR
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan tambahan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dimana bantuan ini akan diberikan kepada penerima STR.
Melalui program ini, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih seperti barangan keperluan barang dapur, ubat-ubatan dan barangan asas yang lain dengan menggunakan MyKad di pasar/kedai yang berdaftar SARA MyKasih.
CONTOH BARANGAN KEPERLUAN BARANG DAPUR 2025
Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas yang diluluskan:
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
PANDUAN PEMBELIAN KEPERLUAN BARANG DAPUR 2025
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.
SYARAT DAN KATEGORI BANTUAN
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
SEMAKAN STATUS BANTUAN KEPERLUAN BARANG DAPUR 2025
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status ‘Bayaran Bantuan Tambahan’ (SARA) ‘LAYAK’ atau ‘TIDAK’ akan dipaparkan.
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status ‘Bayaran Bantuan Tambahan’ (SARA) ‘LAYAK’ atau ‘TIDAK’ akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Berstatus/Berdaftar Miskin dan Miskin eKasih | Bantuan diagihkan Selama 12 Bulan – Bermula Januari 2025 |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (BUKAN eKasih) | Bantuan diagihkan Selama 9 Bulan – Bermula April 2025 |
JUMLAH BANTUAN
Kadar bayaran SARA 2025 yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima (BERDAFTAR eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 1200 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (RM100 sebulan) |
Bujang | RM 600 (RM50 sebulan) |
- Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 900 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 450 (RM50 sebulan) |
Bujang | – |
KAEDAH PEMBAYARAN
Penyaluran bantuan bagi Kategori penerima Semenanjung Malaysia, dan Sabah Sarawak seperti berikut:
NEGERI | KAEDAH PENYALURAN BANTUAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan melalui pengkreditan ke akaun bank atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan. |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf