BANTUAN MYKAD MADANI 2025 BILA MASUK : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

BANTUAN MYKAD MADANI 2025 BILA MASUK : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

Pelaksanaan Bantuan MyKad Madani telah bermula sejak Jun 2023 lagi. Oleh kerana Kerajaan Madani melihat pelaksanaan yang lalu mendapat sambutan yang baik oleh penerima, Bantuan MyKad Madani telah diteruskan pada tahun 2024 dan juga akan diteruskan lagi pada tahun 2025 ini.

Bagaimanakah semak bantuan mykad madani bila masuk? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

APA ITU BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Bantuan MyKad Madani adalah merupakan sebuah bantuan subsidi bersasar yang disalurkan secara ansur setiap bulan melalui kad pengenalan (MyKad) penerima untuk digunakan sebagai kad membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).

Kerajaan Madani telah memperkenalkan Bantuan MyKad di bawah program MyKasih bermula sejak Jun 2023 yang pada awalnya disasarkan kepada 0.2 juta penerima miskin tegar sahaja. Kemudian, kerajaan meneruskan lagi pemberian kepada lebih 0.7 juta penerima miskin tegar dan miskin.

Dan pihak Kerajaan Madani telah bersetuju untuk meneruskan lagi pemberian Bantuan MyKad pada tahun 2025 yang akan disasarkan kepada lebih 5.4 juta penerima merangkumi miskin, miskin tegar dan juga yang bukan miskin.

BANTUAN MYKAD MADANI 2025 BILA MASUK

TARIKH MASUK
BANTUAN MYKAD MADANI
BAGI PENERIMA SEDIA ADA
TARIKH MASUK
BANTUAN MYKAD MADANI
BAGI PENERIMA BAHARU
Januari 2025
Februari 2025
Mac 2025
April 2025April 2025
Mei 2025Mei 2025
Jun 2025Jun 2025
Julai 2025Julai 2025
Ogos 2025Ogos 2025
September 2025September 2025
Oktober 2025Oktober 2025
November 2025November 2025
Disember 2025Disember 2025

JUMLAH BANTUAN MYKAD MADANI 2025 MASUK

Pihak Kerajaan Madani akan memasukkan Bantuan MyKad Madani (ke dalam kad pengenalan) 5.4 juta penerima pada tahun 2025 dengan jumlah yang ditetapkan kepada penerima setiap bulan seperti berikut :

  • Penerima Miskin dan Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun.
    • Warga Emas : RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun.
    • Bujang : RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM900 setahun.
    • Warga Emas : RM50 sebulan sehingga RM450 setahun.
    • Bujang : Tiada peruntukan.

MANFAAT BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Antara manfaat yang diperolehi daripada Bantuan MyKad Madani adalah :

  • Boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan harian;
  • Selamat digunakan kerana mempunyai 6-digit nombor PIN yang hanya diketahui oleh pemegang MyKad sahaja;
  • Boleh digunakan di mana-mana kedai atau pasaraya berhampiran;
  • Had pembelian RM50/RM100 sebulan sehingga RM600/RM1,200 setahun;
  • Baki yang tidak habis digunakan pada bulan lalu akan dibawa ke bulan seterusnya.

SENARAI KEGUNAAN BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Penerima yang disahkan ‘Layak’ boleh menggunakan Bantuan MyKad Madani untuk pembelian barangan-barangan seperti berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman.
  • Makanan dalam tin.
  • Bahan perasa.
  • Produk kebersihan.
  • Ubat-ubatan.
  • Barangan persekolahan.

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

SEMAK STATUS BANTUAN MYKAD MADANI 2025

Ketahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan MyKad Madani pada tahun 2025 melalui semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status ‘Bayaran Bantuan Dalam MyKad (SARA)’ akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.