BANTUAN SARA MYKASIH 2025 TARIKH BAYARAN (FASA JANUARI) : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)

BANTUAN SARA MYKASIH 2025 TARIKH BAYARAN (FASA JANUARI) : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM1200 & RM900 & RM600)

Salah satu usaha Kerajaan untuk membantu rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa adalah dengan menyediakan bantuan seperti keperluan asas yang bukan sahaja dapat memenuhi keperluan harian rakyat tetapi amat penting untuk kelangsungan kehidupan harian.

Bilakah tarikh bayaran bantuan sara mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

KATEGORI KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status ‘Bayaran Bantuan Tambahan’ (SARA) ‘LAYAK’ atau ‘TIDAK’ akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status ‘Bayaran Bantuan Tambahan’ (SARA) ‘LAYAK’ atau ‘TIDAK’ akan dipaparkan.
  8. Selesai.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Berstatus/Berdaftar Miskin dan Miskin eKasihBantuan diagihkan Selama 12 Bulan
– Bermula Januari 2025
Penerima Bantuan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
(BUKAN eKasih)
Bantuan diagihkan Selama 9 Bulan
– Bermula April 2025

KADAR PEMBAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Jumlah bayaran SARA 2025 yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima (BERDAFTAR eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi Rumah
(Ketua Keluarga)
RM 1200
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(RM100 sebulan)
BujangRM 600
(RM50 sebulan)
  • Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi Rumah
(Ketua Keluarga)
RM 900
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 450
(RM50 sebulan)
Bujang

KATEGORI PRODUK BARANGAN KEPERLUAN ASAS SARA MYKASIH

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan, dan berlabel Sumbangan Asas Rahmah MyKasih seperti Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

KAEDAH BAYARAN SARA 2025

Penyaluran bantuan bagi Semenanjung Malaysia, dan Sabah Sarawak seperti berikut:

NEGERIKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Semenanjung MalaysiaPengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. LabuanPengagihan melalui pengkreditan ke akaun bank atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf