BANTUAN TUNAI 2025 FASA 1 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (STR / SARA)

BANTUAN TUNAI 2025 FASA 1 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (STR / SARA)

Kerajaan terus berusaha untuk menjaga kebajikan rakyat dengan menyediakan pelbagai jenis bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi rakyat, terutamanya bagi golongan rentan dan mudah terjejas.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak bantuan tunai 2025 Fasa 1? Ikuti Info lanjut disini.

JENIS BANTUAN TUNAI 2025

Terdapat dua (2) bentuk Bantuan Tunai yang akan disalurkan sepanjang tahun 2025 ini, iaitu:

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

JUMLAH BANTUAN TUNAI 2025

Kadar bantuan STR dan SARA yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Jumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN FASA 1 (RM)
Isi rumah
berpendapatan
RM 2500 kebawah
RM500
Isi rumah
berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
RM150 – RM300
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan
RM 5000 dan kebawah
RM 150
Bujang
berpendapatan
RM 2500 dan kebawah
RM 150
  • Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)

PENERIMA BERSTATUS MISKIN/MISKIN EKASIH
KADAR BANTUAN (RM)

PENERIMA BUKAN EKASIH
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 2,100

Bulan Januari – Mac : RM100 Sebulan
Bulan April – Disember : RM200 Sebulan
RM 900

Bulan April – Disember : RM100 Sebulan
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 1,650

Bulan Januari – Mac : RM100 Sebulan
Bulan April – Disember : RM150 Sebulan
RM 450

Bulan April – Disember : RM50 Sebulan
Bujang
(Setiap Individu)
RM 600

Bulan Januari – Mac : RM50 Sebulan
Bulan April – Disember : RM50 Sebulan

JADUAL PENYALURAN BANTUAN TUNAI

Pembayaran STR dan SARA adalah seperti berikut:

JENIS BANTUANTARIKH AGIHAN BAYARAN

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 1
i. Pembayaran Fasa Satu22 Januari 2025

ii Pembayaran Fasa Dua sehingga Empat: Tarikh agihan akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)i. Kategori Miskin dan Miskin Tegar eKasih: Bermula 15 Januari 2025 sehingga Disember 2025

ii. Kategori Bukan eKasih: Bermula April sehingga Disember 2025

KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN TUNAI

Bantuan STR dan SARA akan disalurkan seperti berikut:

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
JENIS PENERIMA
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
KAEDAH PENYALURAN
BANTUAN STR
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
JENIS PENERIMA
SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
KAEDAH PENYALURAN
BANTUAN SARA
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Penerima daripada Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
engagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

PORTAL SEMAKAN BANTUAN TUNAI 2025

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

Semakan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR Fasa 1] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
  14. Selesai.

Semakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Di Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR):

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf DAN https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/saraload/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf