BANTUAN TUNAI STR SEMAKAN STATUS : (FASA 1 2025) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK
Wang tunai hasil daripada penyasaran semula subsidi iaitu sebanyak RM13 billion dapat disalurkan kepada hampir 9 juta golongan rentan yang berpendapatan rendah dan sederhana melalui Bantuan Tunai STR bagi sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah bantuan tunai str semakan status layak atau tidak fasa 1 2025? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI STR
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Tunai STR bagi tahun 2025 :
- Mestilah Warganegara Malaysia serta memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Isi Rumah :
- Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
- Ibu/bapa tunggal (ada anak);
- Tiada had umur;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Warga Emas :
- Tiada pasangan / balu / ibu / bapa tunggal (tiada anak / tanggungan);
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang :
- Belum berkahwin / balu / janda / duda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun; atau
- Bujang OKU berumur 19 tahun dan ke atas;
- Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
BANTUAN TUNAI STR SEMAKAN STATUS
Semak status anda layak atau tidak menerima Bantuan Tunai STR fasa 1 2025 di pautan berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2025
Bantuan Tunai STR akan dibayar mengikut jumlah yang ditetapkan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang 21 hingga 59 tahun | RM600 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR
Pembayaran Bantuan Tunai STR adalah secara ansur berperingkat melalui empat fasa dan dibayar terus kepada penerima secara tunai dan pengkreditan tunai seperti berikut :
KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR | JENIS PENERIMA |
---|---|
Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan | Bagi penerima yanga mempunyai akaun bank yang aktif |
Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) | Bagi penerima yang tiada akaun bank yang aktif atau bagi penerima yang berstatus ‘Gagal Kredit’ |
JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2025
BIL. | FASA BAYARAN BANTUAN TUNAI STR | TARIKH |
---|---|---|
1. | Fasa satu (1) | Akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi |
2. | Fasa dua (2) | Akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi |
3. | Fasa tiga (3) | Akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi |
4. | Fasa empat (4) | Akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi |
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.