BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH (STR FASA 1 2025) : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK
Pemberian bantuan tunai adalah usaha berterusan Kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terjamin, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) yang memerlukan sokongan kewangan untuk menjalani kehidupan harian.
Bagaimanakah semakan layak atau tidak bayaran bantuan tunai str fasa 1 2025? Ikuti info lanjut disini.

KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH
Syarat penerima bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan - Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
PANDUAN SEMAKAN LULUS BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH
Panduan lengkap semakan pembayaran STR bagi fasa satu (1) 2025 secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan] dan [Maklumat Pembayaran Fasa 1] akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN JUMLAH KEMASUKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH
Jumlah bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
- Kategori Isi Rumah
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah Berpendapatan Rendah (B40) | 0 Anak : RM 1,000 1-2 Anak : RM 1,500 3-4 Anak : RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah Berpendapatan Sederhana (M40) | 0 Anak : RM 500 1-2 Anak : RM 750 3-4 Anak : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
- Kategori Bujang
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Bujang Warga Emas (berusia 60 tahun keatas) | RM 600 |
Bujang Belia (berusia 21 – 59 tahun) | RM 600 |
Nota : Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4).
TARIKH MASUK BAYARAN FASA 1
Tarikh rasmi pengagihan duit bantuan STR Fasa 1 STR 2025 masih belum dikeluarkan lagi. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh pengagihan bantuan, pihak kami akan kemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan.
KAEDAH PENGAGIHAN DUIT BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH
Pembayaran wang akan diagihkan secara berperingkat/berfasa dan akan disalurkan melalui:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima :
- Tiada akaun bank; ATAU
- Status ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf