Check Bantuan Sabah 2025 Online: Semakan Kelayakan Penerima RM900

Check Bantuan Sabah 2025 Online: Semakan Kelayakan Penerima RM900

Program Sentuhan Kasih Rakyat diperkenalkan oleh Kerajaan Sabah sebagai inisiatif bantuan kewangan untuk isi rumah berpendapatan rendah, khususnya golongan Miskin dan Miskin Tegar eKasih. Bantuan ini bertujuan membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat dan memastikan kesejahteraan mereka terjaga.

Bagaimanakah cara check bantuan Sabah 2025 secara online? Ikuti panduan lengkap di sini untuk menyemak kelayakan anda!

APA ITU BANTUAN SABAH ONLINE

Bantuan Sabah iaitu Program Sentuhan Kasih Rakyat merupakan inisiatif Kerajaan Sabah untuk membantu meringankan beban kewangan rakyatnya dalam mendepani cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menerusi Belanjawan Sabah 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM358.5 juta untuk program ini, yang bakal memberi manfaat kepada 100,000 penerima pada fasa pertama yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Kelahiran Negeri Sabah dan Menetap di Negeri Sabah;
  • Ketua Isi Rumah dan Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas; DAN
  • Kategori Miskin dan Miskin Tegar eKasih : – Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih.

CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN SABAH SECARA ONLINE

Individu yang menepati Syarat Kelayakan Bantuan dan BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih layak menerima bantuan secara automatik. Status Kelayakan Penerima Bantuan Sabah boleh disemak seperti kaedah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Halaman utama Semakan eKasih dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) dan Masukkan [Kod Kaptcha] yang diberikan.
  4. Kemudian Tekan [Klik Untuk Carian].
  5. Seterusnya, maklumat status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.
  6. Selesai.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SABAH 2025

Seramai 100,000 rakyat Sabah yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar eKasih akan mendapatkan manfaat bantuan ini yang disalurkan bermula 17 Februari 2025 (Isnin) pada Fasa Pertama.

CHECK JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN SABAH 2025 FASA PERTAMA

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Ketua Keluarga Isi Rumah
DAN
Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
Pembayaran Bagi Fasa Pertama disalurkan sekaligus untuk tempoh 3 bulan iaitu sebanyak RM900.

Pada Bulan seterusnya, bayaran akan diberikan secara bulanan sebanyak RM300 Sebulan.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/arawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.