Daftar eKasih 2025: Panduan Mohon Online & Cara Lulus Bantuan Kewangan

Daftar eKasih 2025: Panduan Mohon Online & Cara Lulus Bantuan Kewangan

Kerajaan komited membantu golongan berpendapatan rendah, termasuk miskin dan miskin tegar, melalui pelbagai inisiatif bantuan kewangan dan keperluan asas. Salah satu cara utama untuk mendapatkan bantuan ini adalah dengan mendaftar dalam sistem eKasih, pangkalan data khusus untuk mengenal pasti mereka yang layak menerima bantuan kerajaan.

Bagaimana cara daftar eKasih 2025 secara online? Apakah syarat kelayakan dan cara memastikan permohonan anda lulus? Ketahui panduan lengkap di sini.

BACAJUGA : Semak Status eKasih 2025 Online: Semakan Kelayakan Penerima Bayaran

APA ITU SISTEM E KASIH

Sistem eKasih adalah Pengkalan Data Keluarga Miskin dimana data kemiskinan akan digunakan oleh kementerian atau agensi untuk memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Dengan pendaftaran eKasih, membolehkan penerima menikmati pelbagai jenis bantuan kerajaan dengan kadar bantuan yang lebih tinggi berbanding BUKAN kategori eKasih.

SYARAT DAFTAR SISTEM E KASIH 2025

Kategori kelayakan pendafaran eKasih seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Tidak mempunyai pendapatan tetap;
  • Miskin Tegar : Pendapatan isi rumah di bawah RM1,169 sebulan (anggaran untuk tahun terkini, tertakluk pada perubahan);
  • Miskin : Pendapatan isi rumah di bawah RM2,208 sebulan;
  • Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

MANFAAT DAFTAR SISTEM E KASIH

Dengan mendaftar eKasih, individu yang layak akan berpeluang menerima pelbagai jenis Bantuan Tunai Kerajaan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (PSKR) dan banyak lagi manfaat lain yang akan diperoleh.

PANDUAN DAFTAR SISTEM E KASIH

Pendaftaran golongan Miskin dan Miskin Tegar di Sistem eKasih adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
  4. Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing seperti berikut:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Selesai.

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN

Berikut merupakan senarai maklumat yang perlu dilengkapkan untuk daftar eKasih :

  1. Butiran Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR);
  2. Lokasi Kediaman;
  3. Tahap Pendidikan;
  4. Kemahiran dan pekerjaan;
  5. Harta;
  6. Kesihatan;
  7. Bantuan dan pendapatan.

MANFAAT DAFTAR SISTEM E KASIH

Dengan mendaftar eKasih, individu yang layak akan berpeluang menerima pelbagai jenis Bantuan Tunai Kerajaan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (PSKR) dan banyak lagi manfaat lain yang akan diperoleh.

SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN SISTEM E KASIH LULUS ATAU TIDAK

Setelah selesai pendafaran, status pendaftaran sistem eKasih ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ boleh disemak seperti kaedah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Halaman utama Semakan eKasih dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) dan Masukkan [Kod Kaptcha] yang diberikan.
  4. Kemudian Tekan [Klik Untuk Carian].
  5. Seterusnya, maklumat status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Pendaftaran Sistem eKasih anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.icu.gov.my/pg/main.php?pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03y/mys/info/?url=intro.tuan.-aid-