eKasih Sabah 2025: Semakan Kelayakan Bantuan Sentuhan Kasih RM900

eKasih Sabah 2025: Semakan Kelayakan Bantuan Sentuhan Kasih RM900

Sebanyak 7 daripada 10 daerah di Sabah mencatatkan kadar golongan miskin dan miskin tegar yang tertinggi. Oleh itu, Kerajaan Negeri Sabah mengambil inisiatif menyalurkan bantuan kewangan bulanan menerusi Program Sentuhan Kasih Rakyat, yang mula disalurkan secara berperingkat bermula 17 Februari 2025 (Isnin). Program ini bertujuan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat yang memerlukan.

Bagaimanakah cara check status kelayakan penerima bayaran eKasih Sabah 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk menyemak kelayakan anda!

PENGENALAN E KASIH SABAH 2025

Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukkan sebanyak RM358.5 juta bantuan kewangan yang diperkenalkan sebagai Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang khas untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Sabah terutamanya yang tersenarai di dalam rekod data e Kasih bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM).

KADAR BAYARAN E KASIH SABAH 2025

Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah dibayar secara elaun bulanan dengan kadar sebanyak RM300 setiap bulan. Namun, pembayaran yang pertama (1) pihak Kerajaan Negeri Sabah membayarnya secara sekaligus sebanyak RM900 kepada 100,000 ribu penerima pertama (1) yang layak.

TARIKH BAYARAN E KASIH SABAH 2025

Pembayaran pertama (1) Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah telah mula dibayar pada :

JUMLAH PENERIMATARIKH BAYARAN
100,000 ribu Rakyat Sabah17 FEBRUARI 2025, ISNIN

*Nota : Tarikh pembayaran pada bulan seterusnya akan diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.

PAUTAN E KASIH SABAH 2025

Berikut merupakan pautan Portal Rasmi e Kasih yang boleh diakses untuk check status :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi eKasihhttps://ekasih2.icu.gov.my/

PANDUAN CHECK STATUS E KASIH SABAH 2025

Ikuti panduan check status e Kasih penerima Bantuan Sabah :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi eKasih di atas.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

KRITERIA PENERIMA BANTUAN SABAH 2025

Pemberian Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah khas untuk individu yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin e Kasih.
  • Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah berstatus ‘H’.
  • Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  • Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.-tegar/.