eKasih Sabah 2025: Semakan Kelayakan Bantuan Sentuhan Kasih RM900 (Fasa 1)

eKasih Sabah 2025: Semakan Kelayakan Bantuan Sentuhan Kasih RM900 (Fasa 1)

Menerusi Belanjawan Negeri Sabah 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM358.5 juta bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar menerusi Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat. Program ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan penerima yang layak, dengan bayaran Fasa 1 sebanyak RM900.

Bagaimanakah cara semakan kelayakan eKasih Sabah 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui status anda!

APA ITU EKASIH SABAH 2025

Antara inisiatif pembasmian kemiskinan rakyat di Sabah, Kerajaan Negeri Sabah telah melancarkan sebuah Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang khas untuk rakyat yang berpendapatan rendah dalam golongan miskin dan miskin tegar (tersenarai dalam pangkalan data eKasih atau bukan).

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah ini akan diberikan sebanyak RM300 setiap bulan bagi tempoh satu (1) tahun bersamaan RM3,600 setahun kepada kira-kira 100,000 Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah serta memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH

Antara objektif pemberian Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah untuk :

  • Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
  • Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah selaras dengan agenda nasional; dan
  • Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.

JUMLAH & TARIKH PEMBERIAN EKASIH SABAH BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT

Pemberian Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah bagi fasa pertama (1) kepada penerima eKasih adalah seperti berikut :

FASA BAYARANTARIKH PEMBERIANJUMLAH BANTUAN
Fasa Pertama (1)
Januari – Mac
Bermula 19 Februari 2025RM900

*Nota : Hanya penerima golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sahaja akan menerima bayaran fasa pertama (1).

JENIS PEMBERIAN EKASIH SABAH BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT

Pemberian Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah Fasa Pertama (1) adalah melalui tiga (3) jenis kaedah, iaitu :

  • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
  • Diberikan secara tunai kepada penerima; atau
  • Dikreditkan ke dalam akaun aplikasi e-Wallet YONO.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA EKASIH SABAH BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT

  • Kriteria Asas :
    • Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024; dan
    • Warganegara Malaysia;
    • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
    • Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’.
  • Kriteria Penerima :
    • Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih atau Sistem pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; dan
    • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem ekasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK)*.
  • Kategori Miskin :
    • Ketua Isi Rumah (KIR) kategori miskin (seorang penerima sahaja); atau
  • Kategori Miskin Tegar :
    • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak bagi kategori miskin tegar; atau
    • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (e) masih di bawah paras kemiskinan tegar.

CHECK STATUS KELAYAKAN EKASIH SABAH 2025

Ikuti panduan check status kelayakan penerima Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah fasa 1 seperti berikut :

  1. Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 di sini : padans.sabah.gov.my.
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
  4. ⁠Tekan butang [Semak].
  5. Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, syukur.sabah.gov.my.
  6. Masukkan (Nombor MyKad*) di ruangan yang disediakan.
  7. Kemudian, tekan butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
  9. ⁠Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. ⁠Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq