eWallet RM200 Bayaran 2025: Semakan Kelayakan & Status Penerima

eWallet RM200 Bayaran 2025: Semakan Kelayakan & Status Penerima

Kerajaan terus menyalurkan bantuan tunai secara tanpa tunai melalui MyKad, membolehkan penerima menggunakan eWallet RM200 untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya tanpa perlu mengeluarkan wang tunai. Inisiatif ini bertujuan memudahkan transaksi dan memastikan bantuan digunakan dengan lebih efektif.

Bagaimanakah cara semak status kelayakan bayaran eWallet RM200 2025? Ikuti panduan lengkap di sini untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan ini!

APA ITU BANTUAN EWALLET RM200

Bantuan tanpa tunai eWallet diteruskan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dimana penyaluran bantuan tanpa tunai kini disalurkan melalui MyKad (IC) penerima, untuk membuat pembelian barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan bayaran menggunakan MyKad.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EWALLET RM200

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Berstatus Kategori Miskin dan Miskin Tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

SEMAK STATUS LULUS BANTUAN RM200 APABILA DI BAYAR

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
  • Di Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

JUMLAH BANTUAN EWALLET YANG DI BAYAR

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
Bujang
(Setiap Individu)
RM50
sebulan
RM 50
sebulan
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR
(BUKAN eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 100
sebulan
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 50
sebulan
Bujang
(Setiap Individu)

JADUAL BILA BANTUAN EWALLET RM200 DI BAYAR

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARANTARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih
Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 12 Bulan)
Bulan Februari:
Tarikh akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Penerima Bantuan STR SAHAJA
(BUKAN berstatus eKasih)
Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 9 Bulan)
Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara