JADUAL BAYARAN STR 2025 : BILAKAH TARIKH MASUK FASA 1
Mengikut Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF), pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara ansur berperingkat telahpun dijadualkan bermula pada 22 Januari 2025, Rabu yang akan melibatkan peruntukan sebanyak RM2.3 billion.
Bilakah jadual bayaran STR fasa 1 masuk? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BILANGAN PENERIMA BAYARAN STR 2025
Berdasarkan rekod, bilangan penerima yang layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah seramai :
KATEGORI KELAYAKAN | BILANGAN PENERIMA STR FASA 1 2025 |
---|---|
ISI RUMAH B40 | 2.8 juta |
ISI RUMAH M40 | 1.0 juta |
WARGA EMAS | 1.3 juta |
BUJANG | 3.2 juta |
*Nota : Bagaimanapun, bilangan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk fasa seterusnya akan terus bertambah seiring dengan permohonan baharu dan rayuan dibuka sepanjang tahun.
JADUAL BAYARAN STR 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 adalah dijadual seperti berikut :
FASA BAYARAN | TARIKH PENERIMAAN |
---|---|
Pertama (1) | 22 Januari 2025 Sehingga 28 Januari 2025 |
Kedua (2) | Belum diketahui |
Ketiga (3) | Belum diketahui |
Keempat (4) | Belum diketahui |
*Kementerian Kewangan (MOF) hanya baru mengumumkan tarikh pembayaran fasa pertama (1) sahaja dan tarikh bagi fasa kedua (2), ketiga (3) dan keempat (4) adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan oleh Kerajaan.
JUMLAH BAYARAN STR 2025
Setiap kategori akan menerima jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2025 | JUMLAH BAYARAN STR FASA 1 2025 |
---|---|---|
ISI RUMAH B40 | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | Semua : RM500 |
ISI RUMAH M40 | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | 0 anak : RM150 1-2 anak : RM200 3-4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
WARGA EMAS | RM600 | RM150 |
BUJANG | RM600 | RM150 |
CARA BAYARAN STR 2025
Cara pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sama seperti tahun sebelum ini yang bergantung kepada jenis penerima :
JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR |
Penerima Tiada Akaun Bank | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran |
SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR 2025
Ketahui kelayakan anda sebagai penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi STR 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.