MyKasih 2025: Semakan Status Kelayakan & Bayaran Terkini Melalui MyKad
Pada tahun 2025, jumlah bayaran program MyKasih telah dinaikkan sehingga RM2,100 setahun, berbanding sebelum ini hanya RM1,200. Bayaran ini akan disalurkan terus ke MyKad penerima di seluruh Malaysia, termasuk penerima di Sabah dan Sarawak.
Bagaimanakah cara untuk semak status kelayakan penerima MyKasih 2025 di laman rasmi MyKasih.com.my? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk ketahui syarat kelayakan, cara semakan status terkini serta maklumat bayaran.

BACAJUGA : BANTUAN MYKASIH RM300 : 2025 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH MY 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
PORTAL ONLINE SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH MY 2025
Semakan bantuan boleh dilakukan seperti berikut:
PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi MyKasih | https://www.mykasih.com.my/ |
Portal Rasmi MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
PANDUAN LENGKAP SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYKASIH MY 2025
Semakan status penerima My Kasih boleh dilakukan seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
PANDUAN LENGKAP SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYSTR
Semakan status penerima MyKasih juga boleh dilakukan melalui Portal MySTR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM100 sebulan | RM 150 sebulan |
Bujang (Setiap Individu) | RM50 sebulan | RM 50 sebulan |
- Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR (BUKAN eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | – | RM 100 sebulan |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | – | RM 50 sebulan |
Bujang (Setiap Individu) | – | – |
TEMPOH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2025
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TEMPOH PEMBAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR & BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | Disalurkan setiap bulan Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER (Selama 12 Bulan) |
Penerima Bantuan STR SAHAJA (BUKAN berstatus eKasih) | Disalurkan setiap bulan Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER (Selama 9 Bulan) |
CARA PENYALURAN BAYARAN MYKASIH 2025
Penyaluran bantuan MyKasih adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima yang berdaftar.
Penerima yang LULUS bantuan MyKasih boleh menggunakan MyKad tersebut untuk membeli barang keperluan asas terpilih seperti barang makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di Pasaraya terpilih di Seluruh Malaysia tanpa menggunakan wang fizikal.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/saraprogramme/sara/faq/./.