MYKASIH 2025 PEMBAYARAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
Penyaluran bantuan tambahan MyKasih akan diagihkan bermula esok khusus kepada penerima yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih melalui penyaluran MyKad untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas.
Bilakah pembayaran mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

SYARAT LULUS BANTUAN MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
SEMAKAN STATUS MASUK PEMBAYARAN BANTUAN MYKASIH 2025
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan dan berlabel MyKasih seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN MYKASIH 2025
Pengagihan bantuan SARA MYKASIH seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR (BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | 15 Januari 2024 (Rabu) |
Penerima Bantuan STR Sahaja (BUKAN eKasih) | April – Disember 2025 |
KAEDAH PEMBAYARAN MYKASIH 2025
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Penerima Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR (BERDAFTAR/BERSTATUS eKasih)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 2,100 | RM100 sebulan (Januari – Mac) RM 200 (April – Disember) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1,650 | RM100 sebulan (Januari – Mac) RM 150 sebulan (April – Disember) |
Bujang | RM 600 | RM50 sebulan (Januari – Mac) RM 50 sebulan (April – Disember) |
- Kategori Penerima STR (BERDAFTAR/BERSTATUS eKasih)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 900 | RM 100 sebulan (April – Disember) |
Warga emas tiada pasangan | RM 450 | RM 50 sebulan (April – Disember) |
Bujang | – | – |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/saraMYKASIH 2025 PEMBAYARAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)