MYKASIH DALAM MYKAD : (2025) CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

YKASIH DALAM MYKAD : (2025) CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

Berita Terkini! Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih telah mula dikreditkan kepada 700,000 penerima melalui pengkreditan ke dalam MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit terpilih.

Bagaimanakah cek status layak atau tidak bantuan mykasih dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.

APAKAH BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif bantuan dibawah program MyKasih Foundation bersama dengan kerjasama kerajaan yang akan diberikan kepada penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termasuklah penerima berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih atau BUKAN eKasih.

Bermula tahun 2025, bantuan ini telah ditambah baik dimana kadar peruntukan bagi isi umah yang berstatus miskin dan miskin tegar telah dipertingkatkan dan kaedah penyaluran melalui jugak turut diperluaskan dimana seluruh rakyat Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak akan menerima bantuan ini melalui MyKad (IC), dan akan digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di pasaraya/kedai runcit yang terpilih.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

SEMAKAN ONLINE STATUS LULUS ATAU TIDAK BANTUAN MYKASIH

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; ATAU
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

JUMLAH PENGAGIHAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN
(RM)
AMAUN AGIHAN BULANAN (RM)

Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 2,100RM100 sebulan
(*Januari – Mac)


RM 200 sebulan
(*April – Disember)
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 1,650RM100 sebulan
(*Januari – Mac)


RM 150 sebulan
(*April – Disember)
Bujang
(Setiap Individu)
RM 600RM50 sebulan
(*Januari – Mac)


RM 50 sebulan
(*April – Disember)
  • Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN
(RM)
AMAUN AGIHAN BULANAN (RM)

Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 900RM 100 sebulan
(*April – Disember)
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 450RM 50 sebulan
(*April – Disember)
Bujang
(Setiap Individu)

TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2025

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
(BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
15 Januari 2025 (Rabu)
Penerima Bantuan STR Sahaja
(BUKAN eKasih)
Bermula April 2025

SENARAI BARANG MYKASIH UNTUK PEMBELIAN MENGGUNAKAN MYKAD

Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas MyKasih:

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  • Produk kebersihan : Detol / Colgate / Kotex
  • Ubat-ubatan : Panadol / Difflam / Sterimar / Prospan / Hurix’s
  • Barangan persekolahan : Stabilo / Faber-Castell / Bata / Staedtler

PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH MENGGUNAKAN MYKAD

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara