PEMBAYARAN SARA 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM1200)

PEMBAYARAN SARA 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM1200)

Sebahagian daripada 5.4 juta penerima iaitu 0.7 juta penerima yang berkelayakan telahpun mula menerima bayaran Bantuan SARA hari ini dan 4.7 juta lagi penerima akan menerima bayaran Bantuan SARA pada bulan April ini dengan kadar RM450 sehingga RM2,100.

Bagaimanakah cek status pembayaran sara layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

KADAR PEMBAYARAN SARA 2025

Berikut merupakan kadar pembayaran Bantuan SARA sepanjang tahun 2025 :

  • 0.7 Juta Penerima :
    • Isi Rumah : RM2,100 setahun.
    • Warga Emas : RM1,650 setahun.
    • Bujang : RM600 setahun.
  • 4.7 Juta Penerima :
    • Isi Rumah : RM900 setahun.
    • Warga Emas : RM450 setahun.
    • Bujang : Tiada.

*Bagaimanapun, Bantuan SARA akan dibayar secara ansur setiap bulan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

JADUAL BAYARAN SARA 2025

Berikut merupakan jadual pembayaran Bantuan SARA bagi tahun 2025 kepada semua penerima :

TARIKH BAYARAN
SARA 2025
0.7 JUTA PENERIMA4.7 JUTA PENERIMA
15 Januari 2025
sehingga
Mac 2025
Isi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM100 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
April 2025
sehingga
Disember 2025
Isi Rumah : RM200 sebulan
Warga Emas : RM150 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
Isi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM50 sebulan
Bujang : Tiada

KAEDAH PELAKSANAAN BAYARAN SARA 2025

Kerajaan telah menetapkan bahawa bayaran Bantuan SARA kepada semua penerima daripada Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan sama iaitu akan dikreditkan menerusi akaun yang dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan (MyKad) penerima setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas.

Kesemua 5.4 juta penerima boleh menggunakan Bantuan SARA untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

CEK STATUS KELAYAKAN PEMBAYARAN SARA 2025

Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan SARA, anda boleh ikuti panduan cek status berikut :

  • Panduan Cek Status Kelayakan SARA di Portal MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
    4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
    6. Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
    7. Halaman utaman Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
    8. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
    9. Sila klik pada butang [Log Masuk].
    10. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
    11. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
    12. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
    13. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
    14. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    15. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
    16. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
    17. Selesai.

MANFAAT PEMBAYARAN SARA 2025

Antara manfaat bayaran Bantuan SARA yang bakal diperoleh penerima adalah :

  • Bantuan SARA akan dikreditkan secara automatik ke dalam kad pengenalan penerima;
  • Penerima boleh membeli barangan keperluan asas setiap bulan mengikut 13 kategori barangan yang diluluskan;
  • Terdapat lebih 1200 kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia menerima bayaran menggunakan kad pengenalan;
  • Had pembelian sehingga RM450, RM600, RM900, RM1,650 dan RM2,100 (bergantung kelayakan penerima);
  • Baki yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan dengan baki semasa;
  • Tempoh penggunaan adalah sehingga 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.sih.com.my/food-aid-progr