SEMAK KELAYAKAN SKAS 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM800 & RM400 & RM250)

SEMAK KELAYAKAN SKAS 2025 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM800 & RM400 & RM250)

Bantuan SKAS atau nama rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak adalah merupakan sebuah bantuan yang dikhaskan untuk rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) di Sarawak untuk membantu menampung kos pembelian keperluan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan sebagainya.

Bagaimanakah semak kelayakan skas? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

KADAR BAYARAN SKAS 2025

Setiap kategori penerima akan menerima kadar bayaran Bantuan SKAS yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
SKAS 2025
ISI RUMAHRM800
WARGA EMASRM400
BUJANGRM250

KRITERIA KELAYAKAN SKAS 2025

  1. Kriteria Umum :
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  2. Kategori Penerima :
    • Isi Rumah :
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    • Bujang :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
    • Warga Emas :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.

SEMAK KELAYAKAN SKAS 2025

Ketahui status kelayakan anda layak atau tidak menerima Bantuan SKAS di pautan rasmi seperti berikut :

  1. Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
  2. Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
  3. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  4. Kemudian, sila layarkan skrin ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
  5. Tekan butang [Check Eligibility].
  6. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  7. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  8. Klik butang [NEXT].
  9. Kemudian, klik [My Individual Account].
  10. Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  12. Klik butang [Search].
  13. Paparan Notifikasi Nama anda ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

KAEDAH BAYARAN SKAS 2025

Seperti yang ditegaskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak bahawa pembayaran Bantuan SKAS bukanlah secara tunai. Namun, ianya akan dibayar secara tanpa tunai (cashless) melalui aplikasi S PAY Global yang dapat digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai di seluruh Sarawak.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.