Semak Status eKasih 2025 Online: Semakan Kelayakan Penerima Bayaran

Semak Status eKasih 2025 Online: Semakan Kelayakan Penerima Bayaran

Pendaftaran eKasih membolehkan isi rumah yang layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan bantuan kewangan sehingga RM2,100 setahun, yang boleh diakses terus melalui MyKad penerima. Inisiatif ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah untuk mengurangkan beban kos sara hidup.

Bagaimanakah cara semak status eKasih 2025 secara online? Ikuti panduan lengkap di sini untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan ini!

APA ITU SISTEM EKASIH

Sistem eKasih ialah pangkalan data keluarga miskin yang digunakan untuk merancang dan memantau program pembasmian kemiskinan di Malaysia. Melalui pendaftaran eKasih, data pendaftar akan digunakan untuk membantu kementerian dan agensi untuk menyalurkan bantuan kepada pendaftar eKasih dan melayakkan pendaftar menerima pelbagai jenis bantuan yang disediakan oleh Kerajaan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.

CARA LULUS SEMAK STATUS BANTUAN SARA KATEGORI EKASIH

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberikan secara automatik kepada penerima yang LULUS Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang BERSTATUS eKasih. Berikut merupakan langkah-langkah LULUS bantuan SARA bagi Kategori eKasih:

  1. Berdaftar di Sistem eKasih (Bagi kategori Miskin dan Miskin Tegar).
  2. Setelah LULUS eKasih, individu perlu mengemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  3. Kemudian, apabila LULUS dan menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan secara automatik akan disalurkan ke dalam MyKad penerima.

PANDUAN PENDAFTARAN SISTEM EKASIH

Pendaftaran golongan Miskin dan Miskin Tegar di Sistem eKasih adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
  4. Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda.
  7. Selesai.

PANDUAN SEMAK STATUS PENDAFTARAN EKASIH SECARA ONLINE

Sekiranya telah berdaftar dengan PPN, Status Pendaftaran eKasih ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Halaman utama Semakan eKasih dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) dan Masukkan [Kod Kaptcha] yang diberikan.
  4. Kemudian Tekan [Klik Untuk Carian].
  5. Seterusnya, maklumat status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.
  6. Selesai.

SEMAK STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA KATEGORI EKASIH ONLINE

Jika anda merupakan PENERIMA STR & BERSTATUS EKASIH, semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan maklumat pembayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

JUMLAH BANTUAN SARA KATEGORI EKASIH

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
RM 2,100
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
RM 1,650
Bujang
(Setiap Individu)
RM50
sebulan
RM 50
sebulan
RM 600

SEMAK CARA PENYALURAN DUIT BANTUAN SARA KATEGORI EKASIH ONLINE

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. LabuanPengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

TARIKH PEMBAYARAN DUIT BANTUAN SARA KATEGORI EKASIH

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARANTARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 12 Bulan)
Bulan Januari :
15 Januari 2025

Bulan Februari – Disember :
Tarikh akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/