SEMAKAN EKASIH ONLINE 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM1200)

SEMAKAN EKASIH ONLINE 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM600 & RM900 & RM1200)

Untuk makluman anda, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada isi rumah yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih kini telah dipertingkatkan ke tahap tertinggi dalam sejarah berbanding tahun-tahun yang lalu.

Bagaimanakah semakan ekasih online 2025? Ikuti Info lanjut disini.

APA ITU SISTEM EKASIH

EKASIH merupakan sistem pangkalan data yang menyimpan maklumat berkaitan kemiskinan individu di Malaysia yang bertujuan untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Pendaftar eKasih yang lulus akan layak untuk mendapatkan pelbagai bantuan Kerajaan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang akan diagihkan secara bulanan untuk pembelian barangan keperluan asas.

CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di pasaraya yang berdaftar.

SEMAKAN SYARAT LULUS BANTUAN SARA EKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; DAN
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN EKASIH 2025 ONLINE

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; ATAU
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  8. Selesai.

TARIKH PENYALURAN BANTUAN EKASIH 2025

Pengagihan bantuan SARA EKASIH seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
(BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
15 Januari 2025 (Rabu)

SEMAKAN AMAUN BAYARAN BULANAN BANTUAN EKASIH 2025

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMA
(PENERIMA STR –BERSTATUS/BERDAFTAR MISKIN DAN MISKIN TEGAR eKasih)
AMAUN (RM)
BULAN *JANUARI – MAC
AMAUN (RM)
BULAN *APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM100
Sebulan
RM 200
Sebulan
Warga emas tiada pasangan/Bujang
(60 tahun keatas)
RM100
Sebulan
RM 150
Sebulan
Bujang
(21 sehingga 59 tahun)
RM 50
Sebulan
RM 50
Sebulan

PENGAGIHAN BANTUAN BULANAN EKASIH 2025

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara