Kini, rakyat Malaysia boleh membuat semakan status kelayakan MyKasih 2025 melalui laman rasmi MyKasih.com.my. Program bantuan ini menyediakan bayaran RM50, RM100, dan sehingga RM200 setiap bulan kepada penerima yang layak.
Ingin tahu sama ada anda layak menerima bantuan ini? Ikuti cara semakan status MyKasih dan panduan lengkap di bawah..

BACAJUGA : PSKR 2025: Semakan Kelayakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah RM900
PENGENALAN MY KASIH COM MY
Yayasan MyKasih ialah sebuah pertubuhan NGO dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar yang memerlukan yang ditubuhkan pada 2009 yang menyalurkan bantuan kepada penerima sasaran secara tanpa tunai.
Semua pengeluaran dilakukan melalui penggunaan Mykad atau kad pintar, yang membolehkan kerajaan mengagihkan bantuan dengan cara yang cekap, telus dan selamat, tanpa sebarang ketirisan.
MY KASIH COM MY SEMAKAN STATUS 2025
Ketahui status kelayakan anda melalui semakan di pautan rasmi berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
- Sila layari pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
KRITERIA PENERIMA MY KASIH 2025
- Penerima Sedia Ada MyKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Penerima Baharu MyKasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
AMAUN BANTUAN MY KASIH 2025
Setiap penerima akan menerima amaun Bantuan MyKasih yang berbeza seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | AMAUN BANTUAN MYKASIH 2025 |
---|---|
Penerima Sedia Ada | Isi Rumah : RM100/RM200 sebulan Warga Emas : RM100/RM150 sebulan Bujang : RM50 sebulan |
Penerima Baharu | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM50 sebulan Bujang : Tiada |
JADUAL PENERIMAAN MY KASIH COM MY 2025
Penerimaan Bantuan MyKasih pada tahun 2025 adalah dijadualkan seperti berikut :
PENERIMA SEDIA ADA | PENERIMA BAHARU |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.