EMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2025 : RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN
Bagi memenuhi keperluan asas harian rakyat, Kerajaan memperkenalkan bantuan bulanan tanpa tunai melalui MyKad, khusus untuk pembelian barangan keperluan asas termasuk makanan asas, barangan persekolahan dan ubat-ubatan.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan dalam mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini.

- SYARAT LULUS SEMAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD ONLINE
- PANDUAN SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD
- JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD PENERIMA
- TARIKH AGIHAN BANTUAN KE DALAM MYKAD PENERIMA
- RUJUKAN
- PENAFIAN
SYARAT LULUS SEMAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD ONLINE
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
PANDUAN SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
- Di Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD PENERIMA
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA (BERSTATUS eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan | RM 2,100 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM100 sebulan | RM 150 sebulan | RM 1,650 |
Bujang (Setiap Individu) | RM50 sebulan | RM 50 sebulan | RM 600 |
- Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA (BUKAN eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | – | RM 100 sebulan | RM 900 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | – | RM 50 sebulan | RM 450 |
Bujang (Setiap Individu) | – | – | – |
TARIKH AGIHAN BANTUAN KE DALAM MYKAD PENERIMA
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR (BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | Bermula 15 Januari – Disember 2025 |
Penerima Bantuan STR (BUKAN eKasih) | Bermula April – Disember 2025 |
Nota: Pengagihan akan disalurkan melalui MyKad (IC) penerima untuk pembelian barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara