SKAS 2025 BILA MASUK : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM250 & RM400 & RM800)

SKAS 2025 BILA MASUK : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM250 & RM400 & RM800)

Terkini! Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan dalam masa terdekat bagi membantu rakyat Sarawak, khususnya golongan berpendapatan rendah, dalam memenuhi keperluan asas harian mereka.

Bagaimanakah semakan bila masuk bayaran skas 2025? Ikuti info lanjut disini.

APA ITU BANTUAN SKAS SARAWAK

Dalam Belanjawan Negeri Sarawak 2025, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengumumkan inisiatif baharu, Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), bagi membantu rakyat membeli barangan keperluan asas seperti beras, tepung, dan minyak masak.

TARIKH BILA MASUK BAYARAN SKAS 2025

Pembayaran Bantuan SKAS Sarawak dijadualkan seperti berikut:

JENIS BANTUANTARIKH PEMBAYARAN
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)18 Februari 2025
(Selasa)

Untuk makluman, bantuan ini akan dikreditkan dalam bentuk baucar digital ke akaun S Pay Global penerima. Bagi memastikan kelancaran penerimaan bayaran tanpa sebarang masalah, penerima disarankan untuk memastikan akaun S Pay Global mereka aktif dan maklumat peribadi dikemas kini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SKAS 2025

Kelayakan permohonan dan penerima bantuan SKAS 2025 seperti:

  1. Syarat Umum
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  2. Kategori Penerima
    • Isi Rumah
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur
    • Bujang
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
    • Warga Emas
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.

PANDUAN LENGKAP SEMAKAN MASUK BAYARAN SKAS

Semakan status kelayakan secara online adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Kerajaan Sarawak di sini: https://www.sarawak.gov.my/
  2. Kemudian, klik pada “Semak Kelayakan SKAS”.
  3. Seterusnya, anda dikehendaki [Log Masuk] menggunakan Sarawak ID anda. Sekiranya anda belum mendaftar, anda boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman portal yang sama.
  4. Kemudian, Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] anda di ruangan yang disediakan untuk membuat semakan status.
  5. Seterusnya, [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Pembayaran] berserta Tarikh Pembayaran akan dipaparkan sama ada anda ‘LULUS’ atau ‘TIDAK’ sebagai penerima bantuan SKAS SARAWAK.
  6. Selesai.

JUMLAH MASUK BAYARAN SKAS 2025

Kadar bantuan yang diberikan mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
(RM5,000 dan kebawah)
RM 800
Warga emas tanpa pasangan dan anak (berpendapatan RM5,000 dan kebawah)RM 400
Bujang
(Berpendapatan RM2,500 dan kebawah)
RM 250

CARA MASUK PEMBAYARAN BANTUAN SKAS 2025

Untuk makluman anda, bantuan ini akan disalurkan secara TANPA TUNAI (cashless), dimana bantuan akan disalurkan dalam bentuk baucar digital melalui akaun S PAY GOLBAL penerima bagi pembelian barangan keperluan asas.

PANDUAN PENDAFTARAN DAN PENGAKTIFAN AKAUN S PAY GLOBAL

Jika anda belum mempunyai akaun S PAY GLOBAL, langkah pendaftaran dan pengaktifan akaun S PAY GLOBAL seperti berikut:

  1. Muat Turun Aplikasi S PAY GLOBAL dari Google Play Store (pengguna Android) atau Apple App Store (pengguna iOS).
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi dan pilih “Daftar Akaun Baru”.
  3. Kemudian, masukkan maklumat peribadi yang diperlukan dengan pada bahagian pendaftaran.
  4. Setelah itu, pengesahan akaun perlu dilakukan. Ikuti arahan untuk pengesahan akaun melalui emel atau SMS.
  5. Seterusnya, kemas Kini Maklumat dan pastikan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank dan alamat telah dikemas kini untuk memastikan proses pembayaran berjalan lancar.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Di sini kami tegaskan bahawa pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan ini bagi memudahkan capaian orang ramai.

SKAS Sarawak

S PAY GLOBAL

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/