STR 2025 FASA 1 SEMAKAN STATUS : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK
Cabaran kos sara hidup rakyat dapat diatasi dengan menyalurkan bantuan kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara berperingkat selama empat (4) fasa sepanjang tahun dengan kadar yang dijangka mengcukupi untuk membantu 9 juta rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
Bagaimanakah str 2025 fasa 1 semakans tatus layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

STR 2025 FASA 1 KELAYAKAN STATUS
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah khas kepada Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- ISI RUMAH :
- Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
- Ibu atau bapa tunggal (ada anak yang memenuhi syarat);
- Tiada had umur;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40) atau tidak melebihi RM5,000 (M40).
- WARGA EMAS :
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Bujang atau balu atau duda atau janda tiada anak;
- Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- BUJANG :
- Belum berkahwin; atau
- Balu atau duda atau janda tiada anak;
- Had umur 21 hingga 59 tahun; atau
- Bujang OKU berumur 19 tahun dan ke atas;
- Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA atau IPTS.
TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 1
Pihak Kerajaan / Kementerian Kewangan (MOF) masih belum mengeluarkan kenyataan tarikh pembayaran rasmi Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa pertama (1) tahun 2025. Namun sekiranya ia telah diumumkan secara rasmi, pihak kami akan kemaskini semula maklumat tarikh bayaran rasmi ini.
FASA STR 2025 | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | Belum diketahui dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
JUMLAH BAYARAN STR 2025 FASA 1
Berikut merupakan jumlah keseluruhan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 mengikut kelayakan penerima :
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40) | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang/Balu/Duda/Janda Pendapatan Bawah RM2,500 | RM600 |
*Pihak kami akan kemaskini kembali jumlah bayaran STR Fasa 1 sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
KAEDAH BAYARAN STR 2025 FASA 1
Kaedah pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 pada tahun 2025 adalah sama seperti sebelum ini yang bergantung kepada jenis penerima seperti berikut :
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN STR 2025 FASA 1 |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR |
Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran |
STR 2025 FASA 1 SEMAKAN STATUS
Ikuti panduan semakan status Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi STR LHNDM 2025 | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada puatan Portal Rasmi STR LHDNM 2025 di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran STR Fasa 1 akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
*Nota : Hanya Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan serta telah memohon atau membuat rayuan sebelum pada 30 November 2024 akan melepasi status Bantuan STR Fasa 1 2025.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.